Pages

PRODUK SHAKLEE

CoQHealth Plus Shaklee Untuk Kesuburan Wanita Lanjut Usia

CoQHealth adalah suplemen yang mengandungi CoQ10, sejenis Koenzim. Ia adalah sebahagian daripada set kesuburan shaklee. Kami harap agar anda jangan hairan jika kami satu-satunya yang mencadangkan pengambilan CoQHealth ini untuk kesuburan. Segala hujjah dan bukti-bukti daripada kajian saintifik ada kami dedahkan dalam ebook Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA dan CoQ10.
percuma-S


Apabila seseorang perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.
Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan kekurangan dari segi kualiti.
Oleh itu, bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovari berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses persenyawaan.
coqhealth
CoQ10(Coenzyme Q10) yang juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrien yang larut lemak yang penting bagi penghasilan tenaga dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun, perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga dijumpai oleh Dr Peter D. Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel atas penemuannya ini.
CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia. CoQ10 juga boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging, kekacang, sardin dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi menghasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum.(ovum adalah sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mengawal sel daripada molekul-molekul radikal bebas.
CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung. Ia juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun, tersangat jarang yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang kesuburan, baik bagi wanita mahupun lelaki.
Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.
Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotesis sebelum ini. (Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)
set kesuburan shaklee coqhealth
Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita
Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui gambarajah di bawah;
CoQ10 shaklee
CoQ10 memainkan peranannya dalam Mitokondria. Mitokondria adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang(secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari Ovari dan menuju ke Tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.
Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.
Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semula jadi dalam diet harian seperti ikan, daging dan sesetengah buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.
Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan berkualiti.
“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10 dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit Primer.”
Bagaimana nak dapatkan CoQHealth Plus Shaklee ini? Order di sini: —> BELI CoQHealth Shaklee  atau sms ‘SETSUBUR’ ke 0166482089 untuk dapatkan Harga Produk Shaklee dan Daftar Ahli Pengedar Shaklee.

Kebaikan OmegaGuard Shaklee


OmegaGuard menawarkan Omega 3 yang berkualiti tinggi (omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita). Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak manusia.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3 dapat menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga memelihara kesihatan otak, visi, dan fungsi-fungsi sendi.   

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHAALA dan lain-lain. Justeru itu Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di dunia!





Secara ringkasnya, kebaikan omega-3 adalah seperti berikut:

Mengurangkan risiko degupan jantung tidak normal  
Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Mengurangkan risiko angin ahmar (strok)
Merendahkan tekanan darah
Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic

Mengapa Harus Pilih Omega Guard Shaklee?

Shaklee sudah berada di pasaran lebih daripada 50 tahun. Ia memang terbukti berkesan.    
OmegaGuard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan secara teliti. Penyulingan 3 peringkat secara semulajadi menjadikan OmegaGuard Shaklee berkualiti tinggi yang tiada tandingannya. Proses ini juga mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. OmegaGuard diperbuat daripada ikan, bukannya hati ikan yang mungkin boleh memberi kesan toksik (side-effect).

Siapa Patut Ambil Omega Guard?

Semua orang yang ingin sihat
Para² Ibu (tengah mengandung mahaupun menyusu)
Orang Lelaki
Orang-orang tua
Kanak-kanak Berumur 1 tahun ke atas
Pengidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes

DAPATKAN OMEGA GUARD SEGERA!
Ia minyak ikan yang terbaik, bebas daripada bahan kimia, dan halalan toyyiban.


Hubungi saya segera untuk mendapatkan OmegaGuard Shaklee hari ini juga!

No comments:

Post a Comment