Pages

APA ITU CCRIS & CTOS

Apakah itu CCRIS & CTOS ?


Apa itu CCRIS?
Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Terdapat lebih kurang 9 Juta maklumat pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di dalam sistem pangkalan data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas terhadap saman atau bankrupsi.

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.


Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:
Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my

Untuk maklumat lanjut berkenaan
CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my


Apa itu CTOS?
CTOS Sdn Bhd dan organisasi seumpamanya, mendapat dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka.

Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah.

Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah.
Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:

CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my
Maklumat berkenaan CTOS juga boleh di dapati di Jabatan Insolvensi Malaysia atau melalui portal e-Insolvensi iaitu melalui ejen berdaftar seperti:
http://www.myeg.com.my,
http://www.e-services.com.my atau
http://www.rilek.com.my
Untuk maklumat lanjut layari: http://www.bheuu.gov.my/jim/index.shtml

Kesimpulan

Analisa terhadap laporan CCRIS dan CTOS bakal peminjam merupakan antara proses awal yang akan dilakukan oleh institusi kewangan sebelum permohonan pinjaman tersebut di hantar ke bahagian kelulusan. Pegawai pinjaman selalunya akan bertanya kepada bakal peminjam terlebih dahulu jika terdapat sebarang kelewatan bayaran pinjaman yang memungkinkan akaun mereka memberi petunjuk negatif di CCRIS atau CTOS. Adalah sesuatu yang baik jika anda membuat bayaran pinjaman setiap bulan tanpa gagal sepanjang 12 bulan. Sebenarnya pihak bank ingin melihat yang bakal peminjam boleh dan telah membuat bayaran terhadap pinjaman terdahulu dengan baik sebelum mereka meluluskan pinjaman baru.

Jika bakal peminjam sudah mempunyai rekod di CCRIS atau CTOS, adalah lebih baik jika dapat dinyatakan, agar proses membuat pinjaman tidak diteruskan, kerana jika ianya diteruskan juga, keputusannya adalah sia-sia dan hanya membuat masa, tenaga dan wang ringgit anda dan orang lain.